Cari:
Identiti Semua Mangsa Cedera Kejadian Rempuhan di Shanghai Dikenal Pasti
2015-01-02 16:32:55 CRI Cetak

Jawatankuasa Kesihatan dan Perancang Keluarga Shanghai mengumumkan hari ini, setakat pukul 11.00 pagi tadi, 18 daripada 49 orang yang cedera dalam kejadian rempuhan telah sembuh dan pulang ke rumah. Terdapat 31 orang yang masih menerima rawatan di hospital, antaranya termasuk 13 orang yang cedera parah dengan tiga atau empat orang yang masih kritikal. Setakat ini, identiti semua orang yang cedera telah dikenal pasti.

Menurut maklumat berkenaan, seorang wanita Taiwan yang sedang dirawat di Hospital Ruijin berada dalam keadaan yang stabil dan dipercayai boleh pulang ke Taiwan dalam masa terdekat. Manakala, seorang warga Malaysia yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Changzheng, bagaimanapun keadaannya terkawal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China