Jurucakap Setiausaha Agung PBB semalam telah mengesahkan bahawa PBB telah menerima 16 buah dokumen berhubung Palestin memohon menganggotai beberapa konvesyen dan perjanjian antarabangsa termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Pemerhati Tetap Palestin di PBB, Riyad Mansour menyatakan di ibu pejabat PBB semalam bahawa beliau baru sahaja menyerahkan dokumen-dokumen tersebut kepada PBB. Ini merupakan "langkah yang penting" bagi Palestin untuk mencari keadilan melalui kaedah undang-undang bagi mangsa Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel.