Cari:
RoK Harap Berdialog dengan DPRK
2015-01-03 14:38:36 CRI Cetak
Jurucakap Kementerian Penyatuan Republik Korea(RoK) Lim Byeong-Cheol menyatakan bahawa masalah yang wujud antara RoK dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) perlu diselesaikan melalui rundingan dan dialog. Beliau berharap DPRK berdialog dengan RoK tanpa sebarang prasyarat.

Dalam sidang media di Seoul semalam, Lim Byeong-Cheol menyatakan bahawa jika berhasrat memperbaiki hubungan dengan Rok, DPRK sepatutnya menjalankan dialog dengan tulus ikhlas dan sikap terbuka.

Presiden RoK, Park Geun-hye dalam sidang kerajaan semalam menyatakan bahawa RoK akan membuat persiapan yang benar-benar untuk mewujudkan penyatuan Semenanjung Korea.

Pemimpin tertinggi DPRK, Kim Jong-un dalam perutusan tahun baharu pada 1 Januari lalu menggesa RoK menghentikan semua tindakan yang mencetuskan perang, di samping memberi sumbangan kepada usaha meredakan ketegangan situasi dan mewujudkan kedamaian di Semenanjung Korea.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China