Cari:
Kesihatan Kebanyakan Mangsa Cedera Parah Shanghai Semakin Pulih
2015-01-03 15:22:08 CRI Cetak

Jawatankuasa Kesihatan dan Perancang Keluarga Shanghai mengumumkan petang semalam, setakat pukul 11.00 semalam, kesihatan 18 daripada 49 orang yang cedera dalam kejadian rempuhan telah pulih dan pulang ke rumah.

Terdapat 31 orang yang masih menerima rawatan di hospital, antaranya termasuk 13 orang yang cedera parah. Empat antara 13 orang tersebut masih dalam keadaan kritikal sekarang ini. Naib Ketua Hospital Rakyat Pertama Shanghai, Xia Shujie memaklumkan bahawa antara 12 orang yang sedang menerima rawatan di hospital itu, terdapat seorang berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Bahagian Pendidikan Hospital Changzheng Cai Jianfei memaklumkan, kesihatan mangsa cedera parah yang sedang menerima rawatan di hospital itu semakin pulih.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China