Cari:
Rusia Hadiri Rundingan Isu Ukraine di Berlin 
2015-01-05 11:31:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rusia akan menghadiri rundingan berhubung dengan isu Ukraine yang diadakan di Berlin, Jerman pada 5 Januari ini.

Timbalan Menteri Luar Rusia, Grigory Karasin, berkata demikian ketika diwawancara oleh Agensi Berita Interfax Rusia semalam.

Karasin berkata, perwakilan dari Ukraine, Jerman dan Perancis akan menghadiri rundingan tersebut bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan situasi semasa di Ukranie, termasuk pelaksanaan protokol damai Minsk.

Pada akhir bulan Disember tahun lepas, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengumumkan pertemuan yang dihadiri oleh pemimpin Ukraine, Rusia, Perancis dan Jerman bakal diadakan di Astana, ibu negara Kazakhstan pada 15 Januari depan. Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada masa itu.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China