Cari:
Charlie Hebdo: Perancis Umum Hari Berkabung
2015-01-08 15:03:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban dalam serangan terhadap ibu pejabat majalah mingguan Charlie Hebdo di Paris semalam.

 

Presiden Perancis, Francois Hollande malam tadi mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bagi seluruh negara bermula hari ini. Beliau juga mengarahkan agar semua bendera negara dikibarkan separuh tiang selama tiga hari.

Setakat ini, belum ada sebarang kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Masyarakat antarabangsa rata-rata mengutuk serangan tersebut. Majlis Keselamatan PBB dalam kenyataan semalam menyifatkannya sebagai "serangan pengganas yang kejam dan pengecut".

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, pihaknya terkejut dengan serangan itu. China menentang segala bentuk keganasan dan menyokong usaha Perancis untuk mempertahankan keselamatan negara.

 

Presiden AS, Barack Obama pula berkata, pihaknya akan menyediakan semua bantuan yang diperlukan oleh Perancis untuk membantu negara itu mengesan pengganas yang terlibat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China