Cari:
Warga Perancis Bertafakur untuk Mangsa Serangan Pengganas
2015-01-09 13:45:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pada pukul 12.00 tengah hari semalam, semua sekolah, institusi awam dan syarikat di Perancis bertafakur selama seminit untuk 12 orang mangsa yang maut akibat serangan pengganas di pejabat majalah mingguan Charlie Hebdo.

Presiden Francois Hollande, Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve dan Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo turut menyertai upacara bertafakur di jabatan polis yang terletak berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan Paris.

Dalam pada itu, Cazeneuve berkata, pihaknya telah menangkap 9 orang suspek yang terlibat. Dua beradik, Said Kouachi dan Cherif Kouachi dikenal pasti sebagai suspek utama serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China