Cari:
China, Indonesia Bekerjasama Banteras Penyeludupan Dadah
2015-01-09 16:19:43 CRI Cetak

Satu kes penyeludupan dadah merentas sempadan berjaya dibongkar melalui kerjasama antara agensi narkotik China dan Indonesia baru-baru ini. Selain menangkap 9 orang suspek, polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 862 kilogram.

Pada Jun 2012, Kementerian Keselamatan Awam China memaklumkan Indonesia bahawa suspek yang nama keluarganya Wang, seorang warga Hong Kong, China disyaki menyeludupkan dadah ke negara itu. Kedua-dua pihak segera menubuhkan kumpulan petugas khas untuk menyiasat kes tersebut. Menurut makluman China, Lembaga Narkotik Nasional Indonesia (BNN) berjaya menangkap sindiket berkenaan ketika mereka sedang menghantar dadah ke sebuah gudang di Jakarta pada 5 Januari lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China