Cari:
PM Li: Prospek Kerjasama China, CELAC Cerah
2015-01-10 15:18:23 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Hubungan antara China dan Komuniti Amerika Latin dan Negara-Negara Caribbean (CELAC) mempunyai potensi besar untuk terus berkembang. Kedua-dua pihak patut memanfaatkan mesyuarat peringkat menteri Forum China-CELAC bagi membuka lembaran baharu hubungan dan kerjasama dua hala.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan ketua delegasi CELAC yang menghadiri mesyuarat peringkat menteri pertama Forum China-CELAC di Beijing pada pagi semalam.

Li menyatakan bahawa komunikasi dalam kalangan rakyat China dan CELAC bukan sahaja membawa manfaat kepada kedua-dua pihak, malah berfaedah bagi pembangunan dan kemakmuran serantau dan dunia.

Li turut menegaskan, China bersedia menjalankan kerjasama dengan CELAC dalam bidang infrastruktur dan berharap negara-negara Amerika Latin dapat menyediakan suasana persaingan dan jaminan undang-undang yang adil untuk kemasukan produk China termasuk kelengkapan ke pasaran tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China