Cari:
China Sokong Rundingan Damai di Sudan Selatan
2015-01-13 14:21:11 CRI Cetak

China adalah penggalak kedamaian di Sudan Selatan. Sejak konfllik berlaku di sana, China sentiasa mendorong rundingan damai. China menyokong teguh usaha Pertubuhan Pembangunan Antara Kerajaan Afrika Timur (IGAD) dan akan terus memberi sokongan kepada pertubuhan itu.

Demikian dikatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadiri Rundingan Khas IGAD tentang Proses Perdamaian Sudan Selatan di Khartoum semalam.

Wang Yi berkata, sejak konflik tercetus di Sudan Selatan, pasukan perubatan China tetap menjalankan misi mereka untuk membantu pembangunan negara itu. China bersedia meningkatkan kerjasama dengan Sudan Selatan dalam pelbagai bidang bagi membantu negara tersebut mewujudkan pembangunan sosial, ekonomi, dan lain-lain.

   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China