Cari:
Beijing: Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Diadakan Semasa Tahun Baharu Cina
2015-01-13 14:55:20 CRI Cetak

Menurut laporan permohonan penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk yang diumumkan oleh Suruhanjaya Permohonan Beijing semalam, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan diadakan semasa perayaan Tahun Baharu Cina sekiranya Beijing berjaya dipilih sebagai tuan rumah.

Menurut laporan tersebut, jika Beijing mendapat hak penganjuran, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan berlangsung dari 4 hingga 20 Februari. Majlis perasmian dan penutup akan diadakan di Stadium Negara, atau yang lebih dikenali sebagai Sarang Burung.

Tempoh mengadakan temasya sukan ini merupakan waktu yang paling sesuai kerana suhu udara, kelembapan dan kelajuan angin memenuhi keperluan untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk. Selain itu, remaja di China akan lebih menikmati waktu cuti dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti menonton filem, menyertai atau berkhidmat sebagai sukarelawan Sukan Olimpik. Para peserta dari seluruh dunia pula akan memperoleh pengalaman yang istimewa melalui makanan tradisional dan adat resam bersempena dengan Tahun Baharu Cina.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China