Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri Sidang Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2015 di Davos dan membuat lawatan rasmi ke Switzerland pada 20 hingga 22 Januari nanti.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei menyatakan bahawa lawatan Li atas undangan Pengerusi Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dan kerajaan Switzerland.
Menurutnya, Li akan mengadakan rundingan dengan Presiden Switzerland, Simonetta Sommaruga bagi membincangkan aktiviti sambutan ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik China-Switzerland.