Cari:
10 Maut Serangan Bas di Ukraine
2015-01-14 12:20:48 CRI Cetak

Seramai 10 penumpang terbunuh manakala 13 lagi cedera apabila sebuah bas jarak jauh diserang roket di Donetsk, timur Ukraine semalam.

Menurut jurucakap kerajaan Donetsk, Elena Davydovska-Malutina, bas tersebut diserang roket pada kira-kira pukul 2.30 petang semalam di sekitar pusat pemeriksaan Volnovakha dalam perjalanannya dari bandar Donetsk ke Mariupol. Mangsa cedera telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Menurut laporan media tempatan, bas berkenaan terkena roket itu apabila kumpulan militan timur Ukraine melancarkan serangan terhadap pusat pemeriksaan tentera Ukraine di Volnovakha. Namun kumpulan militan menolak laporan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China