Cari:
Serangan Bas di Ukraine Mendapat Kecaman Dunia
2015-01-15 15:26:01 CRI Cetak

Masyarakat antarabangsa menggesa siasatan diteruskan berikutan serangan bas di Ukraine dan menyeru satu persidangan berhubung dengan isu di Ukraine diadakan secepat mungkin.

Pada petang 13 Januari lalu, sebuah bas ekspress diserang dengan roket di Donetsk, timur Ukraine dan menyebabkan 12 penumpang maut serta 16 orang lagi cedera.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengumumkan semalam bahawa tarikh 15 Januari ditetapkan sebagai Hari Perkabungan Kebangsaan bagi mengenang semua mangsa serangan keganasan, terutamanya mangsa yang terkorban dalam serangan bas tersebut. Pada masa yang sama, Poroshenko telah menandatangani satu perintah untuk mengurangkan ketegangan yang semakin hebat di timur Ukraine.

Parlimen Ukraine turut meluluskan permohonan kepada negara Barat bagi menuntut sekatan terhadap Rusia yang dikatakan melanggar undang-undang antarabangsa dan menceroboh wilayah Ukraine. Permohonan tersebut juga menuntut supaya menyenaraikan "Republik Rakyat Donetsk" dan "Republik Rakyat Luhansk" sebagai kumpulan pengganas. Permohonan itu turut meminta negara Barat mengkaji kemungkinan memberikan bantuan kepada Ukraine bagi mengukuhkan pertahanan negara itu.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengecam serangan bas di Ukraine dalam kenyataan beliau dan menggesa siasatan lanjut dijalankan. Belau turut menyeru pihak berkenaan mencari penyelesaian secara damai dan mengembalikan keamanan di Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China