Cari:
Xi Jinping Temui Pengerusi Majlis Olimpik Asia
2015-01-15 12:23:46 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping, menemui Presiden Pertubuhan Majlis Olimpik Negara (ANOC) yang juga Pengerusi Majlis Olimpik Asia, Sheik Ahmad al-Fahad al-Sabah di Dewan Besar Rakyat Beijing semalam.

Xi berkata, ANOC selaku badan penyelaras 205 majlis Olimpik di seluruh dunia memainkan peranan penting dalam memelihara kepentingan majlis Olimpik dan menggalakkan perkembangan sukan Olimpik. Bandar Beijing dan Zhangjiakou, China telah mengemukakan permohonan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2022. Kerajaan China sangat memberikan keutamaan tentang perkara ini. Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing akan menggalakkan lebih 300 juta orang mengambil bahagian dalam sukan ais dan salji.

Sheik Ahmad Al-Fahad Al-Sabah pula berkata, China merupakan rakan kerjasama ANOC yang penting. Pertubuhan sukan antarabangsa bekerjasama dengan China, telah menganjurkan beberapa temasya sukan dengan jayanya di negara ini pada beberapa tahun lalu. Sukan Olimpik di Beijing dan Sukan Olimpik Belia di Nanjing bukan sahaja menjadi kebanggaan China bahkan seluruh Asia. Pihaknya merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan sumbangan China demi kemajuan sukan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China