Cari:
Lagarde: Ekonomi Global Masih Mencabar
2015-01-16 15:15:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde menyatakan semalam, walaupun penurunan harga minyak dan pertumbuhan ekonomi A.S. baik untuk pertumbuhan ekonomi dunia, namun ekonomi global masih menghadapi cabaran yang besar.

Lagarde menyatakan, kadar pengangguran dan hutang yang tinggi masih membebankan kebanyakan negara. Oleh itu, penurunan harga minyak dan pertumbuhan ekonomi A.S. tidak dapat menyelesaikan semua masalah.

Beliau menjangka pertumbuhan ekonomi A.S. dan Britain akan menduduki tempat terdepan antara negara-negara maju, manakala pertumbuhan ekonomi di zon Euro dan Jepun agak perlahan. Pertumbuhan ekonomi China juga akan menjadi perlahan.

Beliau juga menyeru pelbagai negara meningkatkan pembaharuan struktur ekonomi, membaiki pembinaan infrastruktur, menggalakkan liberalisasi perdagangan dan meningkatkan penyeliaan kewangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China