Cari:
AS Longgarkan Sekatan ke atas Cuba
2015-01-16 16:17:02 CRI Cetak

AS memutuskan untuk melonggarkan sekatan perdagangan dan pelancongan ke atas Cuba. Keputusan yang diumumkan oleh Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Perdangangan AS ini dianggap langkah penting AS berikutan pihak berkuasa AS mengumumkan rundingan tentang pemulihan hubungan diplomatik dengan Cuba pada Disember lalu.

Menurut peraturan terkini, kerajaan AS akan melonggarkan sekatan perjalanan warga AS ke Cuba dan membenarkan warga AS membawa kembali sebilangan kecil barangan Cuba; perkhidmatan pelancongan dan penerbangan yang dikendalikan oleh agensi pelancongan dan syarikat penerbangan AS tidak lagi perlu mendapat keizinan khas dari Jabatan Perbendaharaan AS; syarikat AS dibenarkan mengeksport peralatan komunikasi dan maklumat seperti telefon bimbit, televisyen, komputer dan perisian; syarikat AS dibenarkan melabur dalam sektor pertanian serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Cuba. Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa mulai 16 Januari ini.

White House menyatakan semalam, tindakan ini akan meningkatkan komunikasi antara rakyat di kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China