Cari:
Urusan HK Patut Berdasarkan Sistem dan Undang-undang Asas
2015-01-16 12:19:15 CRI Cetak

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, China Leung Chun Ying ketika menjelaskan Laporan Pentadbiran Kerajaan Hong Kong 2015 di Dewan Perundangan semalam menyatakan bahawa sama ada isu ekonomi mahupun isu politik mesti ditangani berdasarkan sistem HK dan Undang-undang Asas.

Menurut beliau, apa yang disebut "pencalonan rakyat" tidak selaras dengan Undang-undang Asas, dan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China pada Ogos lalu juga tidak dapat dibuat semula.

Beliau menggesa ahli Dewan Perundangan mengelakkan prasangka, mencari persamaan dan menyelesaikan perselisihan, serta membuat kaji selidik pada pusingan kedua tentang kaedah pemilihan Ketua Eksekutif.

"Asalkan kita menangani urusan berdasarkan undang-undang, menggalakkan pembaharuan sistem politk di bawah rangka Undang-undang Asas dan keputusan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Hong Kong dapat mewujudkan pilihan raya Ketua Eksekutif pada tahun 2017," katanya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China