Cari:
DPRK: Batal Latihan AS-RoK Langkah Pertama Hapus Ketegangan
2015-01-20 15:09:22 CRI Cetak

Pembatalan latihan ketenteraan bersama antara AS dan Republik Korea (RoK) merupakan langkah pertama bagi menghapuskan ketegangan di Semenanjung Korea. Demikian dinyatakan oleh wakil Republik Rakyat Demokratik Korea(DPRK) dalam rundingan enam pihak, Ri Yong-ho selepas rundingan tidak rasmi selama dua hari dengan pihak AS di Singapura semalam.

Kata beliau, rundingan kali ini bertujuan untuk menghapuskan ketegangan di Semenanjung Korea, sedangkan latihan bersama AS-RoK secara besar-besaran merupakan punca yang menyebabkan situasi terus tegang. Oleh hal yang demikian, DPRK mengemukakan cadangan untuk menggantung ujian nuklear jika AS dan RoK membatalkan latihan ketenteraan bersama.

Mantan wakil khas AS bagi isu DPRK, Stephen Bosworth dalam sidang media selepas rundingan itu berkata, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan bukan sahaja berhubung apa-apa yang telah berlaku sebelum ini, tetapi juga tentang kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang.

Tambah beliau, pihak AS tetap menegaskan bahawa rundingan rasmi perlu diadakan antara AS dengan DPRK, serta RoK, Jepun dan China, di samping itu Semenanjung Korea perlu mewujudkan keadaan bebas nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China