Cari:
Ukraine Sedia Segerakan Mesyuarat Selesai Krisis
2015-01-20 17:11:55 CRI Cetak

Ukraine bersedia menyegerakan mesyuarat tiga pihak berhubung isu Ukraine dengan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) dan Rusia serta mesyuarat menteri luar atau sidang kemuncak "Mod Normandy" yang disertai Ukraine, Perancis, Jerman dan Rusia bagi memastikan pelaksanaan Perjanjian Minsk.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko semalam menyatakan, beliau bersetuju untuk menyelesaikan krisis berkenaan secara damai. Namun penyelesaian itu perlu berdasarkan Perjanjian Minsk. Menurut beliau, serangan hebat yang dilancarkan oleh kumpulan pemisah terhadap lapangan terbang Donetsk baru-baru ini adalah tindakan yang menjejaskan gencatan senjata. Beliau terpaksa memberikan arahan untuk menyerang kumpulan pemisah pada 17 Januari lalu kerana mereka bertindak menghalang pemindahan anggota tentera yang cedera dari lapang terbang tersebut.

Menurut laporan media Rusia semalam, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyarankan tentera kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah mengalihkan meriam besar dari kawasan yang berkonflik. Namun, saranan itu telah ditolak oleh Poroshenko.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China