Cari:
Jepun Tidak Tunduk pada Keganasan
2015-01-21 15:11:15 CRI Cetak

Kerajaan Jepun akan bekerjasama dengan negara-negara yang terlibat bagi menyelamatkan tebusan warga Jepun yang diculik oleh kumpulan militan Negara Islam (IS). Jepun tidak akan tunduk pada keganasan. Demikian dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga dalam sidang media semalam.

IS dalam satu rakaman video ditujukan kepada Perdana Menteri Jepun yang disiarkan menerusi Internet semalam mendakwa Jepun memperuntukkan dana sebanyak USD 200 juta untuk membanteras IS. Oleh itu, Jepun perlu membayar wang tebusan dalam jumlah yang sama dalam tempoh 72 jam atau mereka akan membunuh dua tebusan itu.

Pihak polis Jepun dilaporkan telah menubuhkan satu kumpulan petugas yang terdiri daripada 110 orang bagi mengendalikan kes penculikan tersebut dan akan menghantar pasukan respons kecemasan ke Amman, ibu negara Jordan dalam masa terdekat.

Terdapat laporan media yang mengatakan IS membuat tuntutan wang tebusan pada ketika ini kerana Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sekarang sedang mengadakan lawatan di Asia Barat. Menurut kenyataan Abe sebelum ini, dana berjumlah USD 200 juta tersebut adalah untuk membanteras kumpulan IS dan sebagai bantuan kemanusiaan. Dana itu akan diberikan sepertimana yang telah dijanjikan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China