Cari:
PM Li Ikrar Perkasa Pembaharuan
2015-01-22 11:09:52 CRI Cetak

Perdana Menteri, Li Keqiang berikrar memperkasakan pembaharuan komprehensif China, di samping meningkatkan tahap keterbukaan negara ini kepada pelabur asing.

Ikrar itu dibuat oleh beliau ketika mengadakan sesi dialog dengan wakil Majlis Perniagaan Antarabangsa, Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland semalam.

Kata Li, China akan terus menggalakkan pembaharuan dalam bidang-bidang utama pada tahun 2015, dengan memberi keutamaan kepada usaha menguruskan hubungan antara kerajaan dengan pasaran dengan baik.

Menurut beliau, kerajaan akan meneliti pembaharuan pada sistem pemeriksaan dan kelulusan agensi kerajaan bagi merancakkan pasaran dan menyediakan pasaran yang lebih adil. Di samping itu, China akan mendorong pembaharuan dalam bidang percukaian dan kewangan, serta memperuntukkan lebih banyak dana kepada perkhidmatan awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China