Cari:
Tiada Warga China Terperangkap di Utara Myanmar
2015-01-22 15:43:00 CRI Cetak

Tiada warga China disahkan terperangkap dalam konflik di utara Myanmar setakat ini.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkaitan laporan media yang menyebut ratusan warga China terperangkap di utara Myanmar.

Hua berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Myanmar bagi meneliti kebenaran laporan tersebut. Beliau berharap media berkenaan menghormati fakta dan menyampaikan laporan secara objektif.

China berharap pihak-pihak yang terbabit di Myanmar mewujudkan gencatan senjata secepat mungkin melalui rundingan damai demi pembangunan negara. China bersedia untuk terus memainkan peranan yang bersifat membina dalam proses damai negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China