Presiden China, Xi Jinping mengutuskan kawat tahniah kepada perasmian "Tahun Pelancongan China" di Seoul, Republik Korea semalam.
Presiden Xi dalam kawat tahniah itu berkata, pertukaran kebudayaan antara China dengan Republik Korea mempunyai sejarah yang lama. Rakyat kedua-dua negara dapat memahami dan menghayati kebudayaan antara satu sama lain. Hal ini meletakkan asas yang kukuh kepada pertukaran sosiobudaya antara China dan Republik Korea, termasuk juga dalam bidang pelancongan. Dengan mengambil kesempatan daripada "Tahun Pelancongan China" ini, kedua-dua negara diharapkan memperluas lagi kerjasama pelancongan dan interasi budaya bagi memberikan sumbangan baharu kepada peningkatan hubungan dua hala dan persahabatan rakyat.