Cari:
Wang Yang Temui Park Geun-hye
2015-01-24 14:56:17 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Wang Yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Republik Korea(RoK), Park Geun-hye di Seoul semalam.

Wang Yang berkata, perkembangan hubungan China-RoK mengekalkan trend yang baik dengan kerjasama pragmatik dua hala yang terus merapat. Kedua-dua negara diharapkan terus berusaha untuk memperluas lagi pertukaran dalam bidang sosiobudaya, dan menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas China-RoK dengan lebih awal bagi mendorong proses integrasi ekonomi di rantau Asia.

Park Geun-hye dalam pertemuan itu pula berkata, pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang telah mencapai hasil yang memberangsangkan. RoK bersedia terus merapatkan kerjasama dan interaksi dengan China dalam pelbagai bidang, dan berusaha untuk mencapai kata sepakat dengan lebih awal tentang Perjanjian Perdagangan Bebas demi menerajui perkembangan ekonomi kedua-dua negara dan kerjasama rantau Asia Timur.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China