Cari:
Iran Harap Percepat Rundingan Isu Nuklear
2015-01-25 15:17:57 CRI Cetak

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif ketika bertemu dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry dalam tempoh Sidang Tahunan Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland baru-baru ini, menyatakan hasrat untuk mempercepat rundingan berhubung isu nuklear.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat tentang jumlah reaktor nuklear dan kaedah dalam pengayaan uranium.

Menteri Luar Iran berkata bahawa sesetengah tokoh kerajaan AS berusaha mendorong pencapaian kata sepakat dengan Iran dalam isu nuklear, manakala terdapat juga golongan yang tidak bersetuju untuk mencapai persepakatan dengan Iran.

Menurut beliau, sudah diketahui umum bahawa Iran tidak pernah menyelidik dan menghasilkan senjata nuklear, dan tiada sebarang bukti yang menunjukkan negara itu komited membangunan senjata nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China