Cari:
Ukraine Umum Hari Berkabung
2015-01-26 15:57:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengumumkan 25 Januari sebagai hari berkabung kebangsaan. Pada pukul 12.00 tengah hari semalam, rakyat di seluruh negara itu bertafakur selama seminit untuk mangsa-mangsa yang maut dalam serangan meriam di bandar Mariupol, timur Ukraine.

Pada hari yang sama, ketika menghubungi Setiausaha Negara AS, John Kerry melalui telefon, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menggesa AS memberi tekanan kepada pihak berkuasa Ukraine bagi mengelakkan krisis Ukraine diselesaikan melalui tindakan kekerasan. Lavrov dan Kerry bersepakat bahawa kedua-dua pihak yang berkonflik di Ukraine harus segera menghentikan serangan meriam dan mengalihkan senjata berat dari kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Lavrov berkata, Rusia akan melakukan segala usaha untuk memastikan krisis Ukraine diselesaikan secara damai. Namun, sama ada usaha tersebut dapat mencapai hasil yang substantif bergantung pada kejayaan dialog secara langsung antara pihak berkuasa Ukraine dengan puak pemisah di timur negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China