Guangxi akan mengoptimumkan struktur pelaburan di samping menyempurnakan jaringan infrastruktur pengangkutannya pada tahun 2015.
Menurut makluman Sidang Kerja Pengangkutan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China, langkah-langkah berkenaan termasuk membina lima lebuh raya untuk meningkatkan kesalinghubungan dengan ASEAN dari segi udara dan juga darat serta mengambil bahagian dalam pembangunan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21.
Dalam pada itu, Guangxi akan menggalakkan kesalinghubungan infrastruktur dengan negara ASEAN yang melibatkan pelabuhan, jalan raya, penerbangan dan rangkaian maklumat. Sehubungan dengan itu, Guangxi akan membina laluan air dalam dan dermaga air dalam di Teluk Beibu, menambah perkhidmatan kapal antara Teluk Beibu dengan negara ASEAN, mempercepat pembangunan koridor ekonomi Nanning-Singapura, serta menggalakkan projek pembinaan lebuh raya Pingxiang-Lang Son-Hanoi dan Dongxing-Mong Cai-Ha Long.