Cari:
Ekonomi Makau Masuk Tempoh Transformasi
2015-01-26 15:10:10 CRI Cetak

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Makau, Fernando Chui Sai On semalam menyatakan bahawa selepas mengalami perkembangan yang pesat dalam tempoh lebih 10 tahun lalu, ekonomi Makau kini memasuki tempoh transformasi. Oleh hal yang demikian, kerajaan Makau perlu mewujudkan kepelbagaian ekonomi dan memperluas kerjasama serantau.

Data yang diumumkan kerajaan Makau menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Makau pada suku ketiga tahun 2014 menurun 2.1% berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2013. Penurunan tersebut berlaku pertama kali dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Menurut Fernando Chui, kerajaan Makau telah membentuk sistem rizab yang kukuh. Di samping berusaha mewujudkan kepelbagaian ekonomi, kerajaan juga akan memastikan projek yang melibatkan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan demi kemakmuran dan kestabilan Makau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China