Presiden China, Xi Jinping hari ini mengutus kawat tahniah kepada Presiden India, Pranab Mukherjee sempena Hari Republik ke-66 negara itu.
Xi dalam kawat tahniahnya menyatakan bahawa China dan India selaku dua negara purba bertamadun sedang mengejar impian kebangkitan bangsa. China amat berbesar hati melihat pencapaian India dalam pembangunannya. Tahun ini juga adalah ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik China-India. China bersedia untuk bekerjasama dengan India bagi meningkatkan perkongsian kerjasama strategik berlandaskan kedamaian dan kemakmuran ke tahap yang lebih tinggi.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang turut menyampaikan tahniah kepada rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi.
Li menyatakan bahawa China bersedia bersama-sama dengan India untuk mengintensifkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang dan membina perkongsian yang lebih erat demi pembangunan.