Cari:
Persidangan Tahunan NPC & CPPCC 2015 Bakal Diadakan Bulan Mac
2015-02-01 14:51:09 CRI Cetak

Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan ke-12 China (NPC) akan diadakan di Beijing pada 5 Mac, manakala Persidangan ke-3 Jawatankuasa Kebangsaan ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) akan bermula pada 3 Mac. Jabatan NPC dan CPPCC hari ini mengalu-alukan kedatangan wartawan dalam dan luar negeri untuk membuat liputan kedua-dua persidangan tersebut.

Pusat media kedua-dua persidangan tersebut akan diwujudkan di Hotel Media Center untuk menerima dan mengaturkan wawancara wartawan dari dalam dan luar negeri. Pusat media itu akan beroperasi secara rasmi pada 27 Februari.

Wartawan yang ingin membuat liputan kedua-dua persidangan itu perlu mengemukakan permohonan dahulu. Wartawan asing yang sedang di China boleh terus menyerahkan perhomonan di pusat media itu, manakala wartawan asing sementara dari luar negara boleh mengemukakan permohonan kepada Kedutaan China di negara mereka. Pendaftaran wartawan akan tamat pada 25 Februari.

Maklumat berkenaan disediakan dalam laman sesawang pusat media NPC (http://www.npc.gov.cn/pc/12_3) dan pusat media CPPCC (http://www.cppcc.people.com.Cn) bermula hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China