Cari:
Pakar China Sangkal Laporan HRW
2015-02-03 16:44:19 CRI Cetak
Beberapa pakar China dalam artikel mereka yang diterbitkan oleh Agensi Berita Xinhua semalam menyangkal dakwaan laporan pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW) yang menyerang dan melemparkan perkataan yang tidak berasas kepada keadaan hak asasi manusia di China.

Profesor Li Daojun dari Universiti Shandong dalam artikelnya menyatakan, kerajaan China sudah menemukan satu pendekatan yang mendaulatkan undang-undang bercirikan China dengan memasukkan "Negara Menghormati dan Melindungi Hak Asasi Manusia" ke dalam Perlembagaan. Meskipun begitu, badan bukan kerajaan yang beribu pejabat di New York, AS itu tetap tidak mengendahkan kesemua pencapaian China dan memutarbelitkan fakta yang sebenar.

Profesor madya Meng Qingtao dari Universiti Politik dan Perundangan Barat Daya China dalam artikelnya telah menunjukkan beberapa contoh pencapaian besar China dalam bidang kehakiman bagi mematahkan dakwaan laporan HRW.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China