Cari:
ICAO Bincang Keselamatan Penerbangan
2015-02-04 16:06:30 CRI Cetak

Persidangan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa(ICAO) yang bermula Isnin lalu di Kanada membincangkan penggunaan isyarat pengesan pesawat ketika berdepan dengan masalah serta pengenalan kotak hitam yang boleh memantul keluar dari pesawat ketika nahas bagi memudahkan operasi mencari pesawat yang hilang.

ICAO di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu digesa supaya mewujudkan sistem baharu bagi melindungi pesawat komersial daripada terdedah dengan risiko di zon konflik berikutan tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Julai tahun lalu yang menyebabkan seramai 298 orang terbunuh.

Setiausaha Negara Belanda, Wilma Mansveld berkata, menaiki penerbangan perlu dikaitkan dengan kebebasan dan keselamatan dan bukannya tentang nasib, manakala tiket penerbangan tidak sepatutnya menjadi tiket loteri nyawa.

ICAO sebelum ini mengemukakan usul untuk menguji laman web pusat yang membolehkan negara luar dan agensi mengeluarkan amaran berhubung dengan zon konflik kepada syarikat penerbangan.

(sumber Utusan Online dan Kosmo Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China