Cari:
Nahas Udara Taiwan: 22 Orang Tanah Besar China Maut
2015-02-06 11:11:29 CRI Cetak

Sumber Pusat Pengurusan Bencana Taiwan menunjukkan, setakat pukul 9.00 malam tadi, sekurang-kurangnya 31 orang terkorban antaranya 22 dari Tanah Besar China, 15 orang cedera manakala 12 lagi masih hilang dalam nahas udara pesawat penumpang milik syarikat TransAsia Airways yang terhempas di Sungai Keelung di Taiwan pada 4 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Taiwan, Lin Chih-ming, dalam sidang media malam tadi berkata, seramai 2,200 anggota penyelamat, 393 buah kenderaan dan lebih seratus buah kapal penyelamat dikerah ke lokasi kejadian untuk terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.

Dalam pada itu, terdapat 44 orang anggota keluarga mangsa dari Tanah Besar China sudah tiba di Taipei untuk berbincang tentang perkara berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China