Canselor Jerman, Angela Merkel ditemui Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi yang menghadiri Sidang Keselamatan Munichi ke-51 semalam.
Yang menyampaikan salam daripada Presiden, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang kepada Merkel. Menurutnya, China memberikan perhatian yang tinggi tentang hubungan dengan Jerman. Pihaknya bersedia meneruskan budaya saling mengunjungi di peringkat tinggi dan meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan dengan Jerman. Tahun ini merupakan "tahun kerjasama inovasi China-Jerman". Kedua-dua pihak dikehendaki menjayakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan agar memperkasakan hubungan rakan strategi komprehensif.
Merkel pula mengirim salam kepada Presiden Xi dan PM, Li. Menurutnya, hubungan antara Jerman dengan China berkembang baik. Pihaknya berharap meningkatkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang.