Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama mengadakan perbualan melalui telefon hari ini. Kedua-dua pemimpin saling menyampaikan ucapan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina dan bersedia untuk terus menggalakkan perkembangan hubungan dua hala yang berterusan, stabil dan mapan demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam mewujudkan hubungan negara besar yang baharu.
Xi berkata, beliau menanti-nantikan dialog strategik dengan Presiden Obama. China dan AS perlu mempergiat kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, ketenteraan, sumber tenaga, perlindungan alam sekitar, pembinaan kemudahan infrastruktur dan pelaksanaan undang-undang, serta menggalakkan interaksi sosiobudaya demi memperkukuh asas hubungan dua hala.
Obama pula berkata, beliau telah kerap kali menyatakan bahawa kejayaan China selaras dengan kepentingan AS. Pihaknya berharap kedua-dua negara ini dapat melaksanakan persepakatan yang sedia ada, mempergiat kerjasama demi menggalakkan persidangan perubahan iklim PBB di Paris mencapai kemajuan.
Presiden Xi menerima undangan Obama untuk mengadakan lawatan rasmi ke AS bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-70 penubuhan PBB pada bulan September nanti.








