Cari:
Perjanjian Gencatan Senjata di Timur Ukraine Dicapai
2015-02-13 10:56:58 CRI Cetak

Pemimpin empat negara yang terlibat dengan isu Ukraine iaitu Ukraine, Rusia, Jerman dan Perancis mengadakan pertemuan di Minsk, Belarus pada 11 dan 12 Februari lalu. Sebagai hasil pertemuan itu, persepakatan untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata di kawasan timur Ukraine telah dicapai. Kedua-dua pihak yang berkonflik akan melaksanakan gencatan senjata bermula 15 Februari dan mengundurkan senjata berat dari kawasan bertempur.

Menurut perjanjian itu lagi, pemantauan Pertubuhan Keselamatan dan kerjasama Eropah (OSCE) terhadap gencatan senjata tersebut patut terjamin, mereka yang terbabit dalam konflik tersebut akan diberi pengampunan khas, siri pemilihan atas isu autonomi akan diadakan di dua negeri di timur Ukraine, pertukaran kesemua tebusan dengan tawanan, menjamin barang bantuan kemanusiaan dihantar ke kawasan berkonflik, menggalakkan pemulihan ekonomi di kawasan berkonflik, dan menggubal perlembagaan Ukraine.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon memuji persepakatan ini dan menggesa pelbagai pihak di Ukraine mematuhi perjanjian berkenaan demi mewujudkan gencatan senjata untuk jangka masa panjang.

White House AS juga mengeluarkan kenyataan yang mengalu-alukan perjanjian tersebut. Dalam pada itu, Jabatan Negara AS menyatakan bahawa pihaknya masih belum memutuskan akan menarik balik sekatan terhadap Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China