Cari:
Putin Mahu Kerajaan Gubal Pelan Tangani Krisis
2015-02-14 15:17:05 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vlamidir Putin semalam menggesa kerajaan menggubal rancangan terperinci bagi menangani krisis. Menurutnya, rancangan itu merupakan langkah yang penting bagi mendorong pembangunan ekonomi dan memelihara kestabilan masyarakat. Pelbagai badan kerajaan perlu meningkatkan penyelarasan untuk mencapai kata sepakat.

Pihak berkuasa Rusia telah meluluskan Rancangan Jaminan Kestabilan Masyarakat dan Pembangunan Ekonomi secara Berterusan 2015 pada akhir Januari lalu. Menurut rancangan itu, kerajaan akan memperuntukkan RUB2.332 trilion (kira-kira RM132.4 bilion) dalam belanjawan negara bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, menyokong perindustrian utama dan memelihara kestabilan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China