Cari:
China Harap Anjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
2015-02-15 14:40:46 CRI Cetak

China berharap dapat menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 berdasarkan beberapa faktor, iaitu berpengalaman menganjurkan acara-acara besar antaranya termasuklah Sukan Olimpik 2008, mendapat sokongan yang kuat daripada pihak kerajaan, mempunyai kemudahan dan tempat pertandingan yang hebat, dana yang cukup serta tenaga kerja yang profesional selain mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Komunikasi dan Media Negara, Wang Hui dalam sidang media yang diadakan bersempena dengan aktiviti Eyes of China anjuran Jabatan Maklumat Negara yang bermula dari 12 hingga 14 Februari yang lalu.

Aktiviti tersebut telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai diplomatik pelbagai kedutaan, wakil-wakil pertubuhan antarabangsa dan wartawan asing dari Radio Antarabangsa China. Aktiviti selama tiga hari dua malam tersebut telah membawa peserta ke Kaunti Yanqing Beijing dan Bandar Zhangjiakou untuk melawat ke tempat-tempat pertandingan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan melihat persediaan dan kemudahan-kemudahan yang bakal dilaksanakan sekiranya China terpilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, selain berpeluang untuk lebih mengenali budaya dan masyarakat di China.

Ibrahim Awale Mohamed, pegawai diplomatik dari Kedutaan Somalia, dalam ucapan majlis penutupan menyatakan China sememangnya sudah bersedia untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan berharap agar China akan terpilih sebagai tuan rumah temasya sukan dunia tersebut yang bakal diumumkan keputusannya oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 31 Julai 2015 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China