Cari:
Seru Selesaikan dengan Baik Masalah Nuklear Iran
2015-02-16 16:34:48 CRI Cetak

Menteri Luar China yang sedang mengadakan lawatan rasmi di Iran bertemu dengan rakan sejawatnya dari Iran, Mohammad Javad Zarif, di Tehran, kelmarin. Kedua-dua pihak ketika bertemu dengan wartawan telah menyatakan bahawa enam pihak termasuk Iran perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam larian "kilometer terakhir" maraton rundingan nuklear Iran.

Wang menegaskan, masalah nuklear Iran sudah mencapai kemajuan yang positif dan penting atas usaha pelbagai pihak. China berpendapat bahawa rundingan telah mencapai fasa terakhir. Pelbagai pihak perlu mendapatkan keyakinan, menangani kesukaran, mengharungi ranjau duri agar larian "kilometer terakhir" dalam maraton yang paling sukar itu dapat diselesaikan dengan baik. Jika tidak, semua usaha akan menjadi sia-sia.

Tambah Wang, China merupakan penyokong dan peserta yang bersifat membina dalam rundingan nuklear Iran. China komited dalam menyokong masalah tersebut diselesaikan melalui dialog, menentang rayuan pertempuran dan juga tidak bersetuju dengan tindakan yang menggunakan kekerasan. China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk terus mendorong penyelesaian dengan baik masalah yang berkaitan dengan nuklear Iran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China