Cari:
China Tubuhkan Tabung Jalan Sutera
2015-02-16 16:39:46 CRI Cetak

Menurut Bank Pusat Rakyat China hari ini, Syarikat Tabung Jalan Sutera Berhad sudah mendaftarkan penubuhannya di Beijing pada 29 Disember tahun lalu dan telah secara rasmi beroperasi. Syarikat tersebut mengalu-alukan pelabur dari dalam dan luar negara untuk menyertai urus niaga mereka.

Dimaklumkan, Tabung Jalan Sutera yang diperuntukkan oleh Rizab Mata Wang Asing, Syarikat Pelaburan China Berhad, Bank Import dan Eksport China, serta Bank Penerokaan China mengutamakan peluang pelaburan dalam proses pelaksanaan strategi "Satu Jalur Satu Jalan" dan menyediakan perkhidmatan pelaburan dan pembiayaan kewangan yang berkaitan dengan pelaksanaan strategi itu.

Tabung Jalan Sutera akan melabur dalam bidang infrastruktur, penerokaan sumber, kerjasama industri dan kerjasama kewangan untuk mendorong perkembangan dan kemakmuran bersama, merealisasikan kepentingan kewangan yang munasabah serta mewujudkan pembangunan secara berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China