Cari:
China Siap Bida Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022
2015-02-16 11:14:00 CRI Cetak

Usaha untuk membida Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan merujuk kepada peraturan antarabangsa dan keadaan di negara ini sendiri serta mengambil pengalaman kejayaan daripada pelbagai negara lain. Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong, ketika mengadakan tinjauan di Suruhanjaya Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing baru-baru ini.

Liu Yandong berkata, permohonan untuk menganjurkan temasya sukan Olimpik itu bakal menggalakkan penyertaan orang ramai di negara ini dalam sukan ais dan salji, sekali gus merancakkan perkembangan industri sukan, rekreasi, budaya dan pelancongan serta pembangunan sosioekonomi di Beijing, Tianjin dan provinsi Hebei, di samping menjadi tujuan penting kepada usaha meningkatkan kualiti udara dan persekitaran ekologi tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China