Cari:
IS Libya yang Bunuh 21 Tebusan Mesir, Dicela
2015-02-17 15:04:31 CRI Cetak

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, melalui jurucakapnya mengeluarkan kenyataan semalam dengan keras mencela kumpulan militan Negara Islam (IS) cawangan Libya kerana membunuh 21 orang penganut Kristian Qibti dari Mesir. Menurut kenyataan tersebut, Ban Ki-Moon mengecam serangan dengan dalil agama dan juga menyatakan simpati terhadap keluarga mangsa dan kerajaan Mesir. Ban menegaskan lagi, dialog politik pusingan baharu merupakan peluang terbaik untuk krisis Libya diselesaikan. Hanya melalui dialog, rakyat Libya dapat menubuhkan institusi kebangsaan bagi mencegah keganasan.

Selepas tentera udara Mesir melancarkan serangan udara terhadap IS di Libya, Perdana Menteri Sementara Libya semalam menyeru masyarakat antarabangsa melaksanakan pembanterasan yang berkesan terhadap kumpulan pengganas tersebut di Libya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China