Cari:
Lima Anggota Tentera Ukraine Terbunuh dalam Konflik
2015-02-17 15:38:32 CRI Cetak

Lima orang anggota tentera Ukraine terbunuh, manakala 25 orang lagi cedera dalam serangan yang dilancarkan oleh kumpulan militan di kawasan timur negara itu semalam. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Negara dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko, dalam sidang akhbar semalam.

Menurut jurucakap tersebut, kumpulan militan di timur Ukraine telah 129 kali melanggar perjanjian gencatan senjata. Serangan meriam yang dilancarkan oleh mereka terhadap pangkalan tentera kerajaan di bandar Debalt'sevo, Donetsk sahaja telah mencatat 88 kali.

Tegas jurucakap tersebut, tentera kerajaan tidak akan menarik balik senjata berat sekiranya kumpulan militan terus melancarkan serangan meriam. Tambah beliau, kumpulan militan kini juga kerap kali melakukan pengintipan dengan menggunakan pesawat tanpa juruterbang. Tentera kerajaan telah menembak jatuh 7 buah pesawat tanpa juruterbang mereka di kawasan berkonfilk dalam tempoh sebulan yang lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China