Cari:
Ban Ki-moon Ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 
2015-02-18 11:19:00 CRI Cetak

Menjelang Tahun Baharu Cina, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon telah mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat China dan orang Cina di seluruh dunia dalam bahasa Mandarin semalam dengan ucapan "Semoga anda semua sihat, gembira dan berjaya pada Tahun Kambing".

Menurut beliau, tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 penubuhan PBB dan juga Tahun Kambing berdasarkan imlek China. Kambing membawa simbol sifat lemah lembut, penuh ghairah dan berbelas kasihan. Beliau berharap kaum Cina mengambil semangat kambing bukan sahaja untuk mencapai matlamat, malah memperlihatkan juga muhibah dan kasih sayang.

Timbalan Setiausahan Agung PBB, Wu Hongbo, yang berasal dari China juga menyampaikan salam kepada masyarakat Cina di seluruh dunia dan berharap agar semua orang dapat bekerjasama demi memelihara prinsip dan tujuan Piagam PBB, mengekalkan konsep pembangunan secara damai serta bersama-sama mencipta masa depan yang lebih cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China