Cari:
Kilauan Lampu Hiasi The Empire State Building AS Sempena Tahun Baharu Cina
2015-02-18 13:40:14 CRI Cetak

Konsulat China di New York, AS bersama-sama dengan pihak pengendali The Empire State Building mengadakan majlis menyalakan lampu hiasan bangunan tersebut bagi merayakan Tahun Baharu Cina. Konsul Jeneral China ke New York, Zhang Qiyue menyalakan lampu dalam majlis tersebut. Lampu hiasan yang melambangkan China itu akan dinyalakan pada malam 17 dan 18 Februari waktu tempatan untuk menggambarkan harapan yang baik bagi kebudayaan China dapat diperkenalkan di arena antarabangsa.

Lampu hiasan tersebut dinamakan China Yang Gemilang telah direka bentuk oleh Akademi Seni Halus Pusat (CAFA) China.

Selain itu, pertunjukan bunga api akan diadakan di tepi Sungai Hudson, New York pada malam 17 Februari. Ini merupakan kali pertama New York mengadakan aktiviti seperti itu untuk merayakan Tahun Baharu Cina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China