Cari:
EU Mulakan "Perikatan Pasaran Modal"
2015-02-19 11:20:26 CRI Cetak

Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) semalam telah mengumumkan akan memulakan mekanisme pasaran modal, iaitu "Perikatan Pasaran Modal" yang bertujuan untuk mengatasi masalah pembiayaan perdagangan, sekali gus mendorong pertumbuhan ekonomi keseluruhan EU.

Mekanisme tersebut dijangka akan menghapuskan sekatan pelaburan merentasi sempadan dan pembiayaan perdagangan antara negara anggota EU. Menurut pihak EU, persekitaran pelaburan EU kini kurang memuaskan. Selain itu, saluran pembiayaan terlalu bergantung pada bank sebaliknya bukan pasaran modal. Namun, EU juga menegaskan bahawa pelaburan modal peribadi di kawasan Eropah berpotensi besar. Sekiranya diukur pada piawaian pasaran modal AS, modal pelaburan sebanyak 90 bilion Euro masih belum digunakan dalam tempoh 2008 hingga 2013.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China