Cari:
Obama: Negara Barat Bukan Bertempur dengan Agama Islam
2015-02-20 13:16:31 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama, menegaskan hari ini bahawa negara-negara Barat bukan bertempur dengan agama Islam. Beliau menyeru semua pihak agar memikul tanggungjawab dan membantah "pembohongan yang buruk" itu.

Pada hari terakhir Sidang Kemuncak Antikeganasan Antarabangsa yang diadakan di Rumah Putih AS hari ini, Barack Obama menyampaikan ucapan yang menyatakan bahawa kumpulan pengganas termasuk al-Qaeda dan Negara Islam (IS) cuba menafikan perbuatan ganas atas nama agama Islam. Oleh itu, pelbagai negara perlu berjuang untuk melawan "ideologi yang diputarbelitkan" oleh kumpulan pengganas tersebut.

Obama juga menyatakan semalam bahawa memerangi kumpulan pelampau tidak bermakna bertempur dengan agama Islam. Sebarang agama tidak sepatutnya bertanggungjawab atas keganasan yang berlaku.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China