Cari:
Lebih 20 Maut dalam Letupan di Mogadishu
2015-02-21 14:39:19 CRI Cetak

Kerajaan Somalia mengesahkan, lebih 20 orang terkorban antaranya 2 ahli Parlimen serta beberapa pegawai kanan cedera dalam satu serangan berani mati yang berlaku di sebuah hotel di Mogadishu semalam.

Dilaporkan, sebuah bom kereta diletupkan setelah seorang pengebom nekad maut akibat meletupkan dirinya di dalam bangunan hotel itu yang terletak berhampiran Istana Presiden dan menjadi tumpuan Ahli Parlimen dan pegawai kanan kerajaan.

Kumpulan pelampau Somalia, al-Shabab mendakwa mereka bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataan mengutuk keras kejadian dahsyat yang meragut ramai nyawa itu, sekali gus merayu kepada pelbagai negara supaya bekerjasama dengan pihak berkuasa Somalia demi membawa mereka yang melakukan, mendalang dan menyokong kegiatan keganasan ke muka pengadilan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China