Cari:
Setiausaha Pertahanan Baharu A.S. Lawat Afghanistan
2015-02-22 14:45:43 CRI Cetak

Setiausaha Pertahanan Baharu A.S., Ashton Carter melawat Afghanistan secara mengejut semalam, dan turut mengadakan rundingan dengan Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani mengenai rancangan pengunduran tentera A.S. dari negara itu.

Dalam sidang media selepas rundingan itu, Ashton Carter menyatakan bahawa rancangan pengunduran tentera A.S. yang digubal sebelum ini mungkin akan disusun semula dan perkara ini akan dibincangkan presiden kedua-dua negara ketika Ghani melawat A.S. pada bulan depan.

Dalam sidang media itu, Ghani mengucapkan terima kasih kepada masyarakat antarabangsa kerana memberikan sumbangan kepada perang anti keganasan di Afghanistan. Selain itu, beliau menyatakan akan menghormati rancangan pengunduran tentera A.S. yang dikemukakan oleh Presiden Barack Obama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China